Tuesday, December 30, 2008

Nasi Lemak



..My Breakfast This Morning..

Bahan-bahan:-

Bahan Nasi Lemak:
500 gm beras ( dikosek & ditoskan)
3 ½ cawan santan
Garam secukup rasa
3 helai daun pandan (disimpulkan)

Sajian-sajian Tambahan:
125 gm kangkung (dicelur & ditoskan)
2 biji telur (direbus,dibuang kulitnya & dihiris)
1 biji sedang timun (dipotong tebal-tebal)
90 gm kacang tanah (digoreng & dikupas kulitnya)
250 gm ikan selar kuning (diperap & digoreng)
1 sudu serbuk kunyit (digaulkan,untuk memperasakan ikan)
Garam secukup rasa


Bahan Sambal:
125 gm ikan bilis kerin (disiang, direndam & ditoskan)
125 gm bawang merah
60 gm lada kering (direndam & ditoskan)
6 biji buah keras
5 cm belacan (dibakar)
2 sudu minyak makan
1 batang serai (dititik)
1 cawan santan
1 sudu gula pasir
Garam & serbuk perasa secukup rasa
¾ cawan air asam jawa pekat


Cara Memasak:-

Untuk memasak nasi:
Satukan semua bahan dalam sebuaha periuk.Masak dengan bertutup,atas api yang kecil,hingga nasi masak & cukup kering airnya.Kerah nasi dengan garpu untuk menggemburkannya. Buangkandaun pandan & isikan nasi ke dalam pinggan.

Untuk membuat sambal: Giling kelima -lima bahan yang pertama.Pijarkan minyak & tumiskan bahan giling hingga garing. Masukkan air asam jawa & teruskan memasak hingga keluar minyaknya.Buangkan serai. Rasalah asam garamnya & isikan ke dalam mangkuk. Hidangkan nasi lemak panas-panas atau sejuk, dengan sambal & sajian-sajian tambah.



..SELAMAT MENJAMU SELERA..

..WAHAI BLOGGERS DI DUNIA..

5 orang sayang cikyana:

.dyanza.maya. said...

yummy! ;)
nasi ne tak bley
dyan mkn pepagi
akan bwat dyan ngntuk
;DD

MissSyfira(",) said...

sis mkn skali skala je:)

MissSyfira(",) said...

sys mkn skali skala je

Siti Fatimah Nabihah said...

mak oi.. sedapnya! erm,kalu ct wat nasi lemak kan.. mesti xsama dgn gambq tu.. mmg pergh ar nasi lemak yg dlm gmbq tu!

MissSyfira(",) said...

hahaha..
tau xpe:)