Friday, December 12, 2008

ESKLUSIF-Que Haidar Nikah Linda Jasmine 14 Feb 2009!




Sejak saja terpampangnya video yang menunjukkan aksi mesranya membelai rambut ikal Linda Jasmine dalam portal hiburan murai.com.my, ramai wartawan hiburan tempatan berusaha mendapatkan Que Haidar.

Tujuan mereka adalah untuk mendapatkan pengesahan lanjut tentang hubungan cinta aktor yang berwajah keanak-anakan itu dengan guru tari program Akademi Fantasia (AF) tersebut.

Namun, Que atau nama sebenarnya Tengku Ishkan Shah Tengku Haidar, 29, masih tetap mahu mengelak daripada terus berbicara mengenai hubungan cintanya dengan wanita yang 7 tahun lebih berusia daripadanya itu (Linda kini 36 tahun).

Sungguhpun begitu, dalam pertemuan murai.com.my secara eksklusif bersama Que Haidar dalam program Sehati Berdansa 2 di Astro, Bukit Jalil, malam tadi, Que telah membuat pengakuan eksklusif bahawa dia sangat menyenangi perwatakan Linda Jasmine malah akan mengahwini Linda.

"Linda bukan saja dewasa dan pandai mengambil hati saya tetapi dia juga melayan saya dengan begitu baik serta pandai memanjakan diri saya. Kebetulan saya memang suka dimanjakan. Itulah ciri-ciri yang ada pada Linda yang membuatkan saya tertarik dengannya. Masalah usia dan statusnya sebagai seorang ibu tunggal beranak satu, bukanlah satu penghalang.

"Kebetulan saya juga rapat dengan anak Linda dan dia boleh menerima kehadiran saya dengan baik ," kata Que.

Menurut Que lagi, dia bersyukur kerana keluarganya sangat memahami hubungannya dengan Linda.

"Mereka sudah berjumpa dengan Linda dan saya juga sudah pernah bawa pulang ke kampung saya iaitu di Felda Taib Andak, Kulai, Johor. Malah saya juga sudah berjumpa dengan keluarga Linda. Mereka juga dapat terima kehadiran saya dalam hidup Linda.

"Insya-Allah, kalau tiada aral melintang, saya akan menikah dan memperisterikan Linda pada bulan Februari tahun depan. Tarikhnya pun sudah dipilih iaitu pada Hari Kekasih - 14 Februari 2009.

"Kami juga bercadang untuk mengadakan pernikahan di Ampang, Kuala Lumpur manakala majlis resepsi perkahwinan pula pada 15 Mac depan di kampung saya nanti, " katanya.

Jelas Que lagi, keputusan untuk mengahwini Linda telah difikirkan dengan sehabis-habisnya.

"Saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami serta ayah kepada anak Linda nanti," kata Que.


TAHNIAH QUE HAIDAR N LINDA JASMINE
SEMOGA BAHAGIA SELAMANYA<3



6 orang sayang cikyana:

Siti Fatimah Nabihah said...

hurm.. dgn linda jasmin ke? lol,ct xtau pun.. haiz... ketiggalan tul..anyway,suka la linda tu,cantik gler dier!! hehe

CikYana(",) said...

mmg pun:)

- Gie - said...

mcm x seswai je die 2 :(

CikYana(",) said...

nk wt cmne gie..
da dorang ske sme ske:)
terima jela..

Siti Fatimah Nabihah said...

haha.. xpe la kita tgk la tul ke nk nikah nye tue! hehe..

CikYana(",) said...

btul2..