.. credit to mr google..
* Untuk nasi:
* 1 gantang(2.7kg) beras wangi (eg: brand Sunwhite) dibasuh dan direndam selama 8 - 9 jam
* Segenggam bawang merah setelah dimayang ( lebih kurang 12 ulas)
* 1 - 2 inci halia (dihiris halus-halus panjang)
* 1 - 2 sudu besar halba
* Santan dari 3 biji kelapa ( santan pekat satu cetong(lebih kurang 900ml) dan santan cair satu setengah cetong)
* 1 sudu besar gula
* segenggam garam
* Untuk lauk:
* 4 ekor ikan tongkol yang besar direbus bersama satu keret besar nisan, segenggam asam gelugur dan garam secukup rasa, air rebusan disimpan untuk dimasukkan dalam masakan kuah nanti
* Untuk Kuah:
* 1 senduk nasi penuh serbuk ketumbar
* 1/2 senduk nasi serbuk jintan manis
* segenggam lengkuas setelah dihiris
* 1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu besar kunyit serbuk)
* 1 labu bawang putih (yang besar)
* 2 inci halia
* 3/4 kilo bawang merah lebih sedikit
* 1 1/2 bungkus cili boh yang RM1.20 sebungkus
* kerisik dari 1/2 biji kelapa
* 4 keret besar nisan
* santan dari 4 biji kelapa ( kepekatan biasa, jangan cair)
* 2 inci kulit kayu manis
* Untuk Acar: 3 biji timun 1 batang karot 3 biji cili merah besar 2 potong nenas 1/4 kobis (setelah dipotong-potong digaul bersama garam gula dan cuka secukup rasa)
* Telur rebus: 12 - 13 biji
Cara-cara
1. Cara-cara memasak kuah: semua bahan untuk kuah di'blender' kecuali kerisik, nisan, santan dan kulit kayu manis.
2. masak santan hingga naik minyak sedikit barulah dicampur bahan-bahan yang diblender, kerisik, nisan dan kulit kayu manis.
3. masak biar lama (api perlahan) bila santan surut separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, step ini diulang lagi selepas air surut separuh lagi baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekali.( masak kuah makan masa lebih kurang 7 jam, dengan yang demikian kuah menjadi warna gelap dan tulang ikan reput macam sardin di dalam tin)
4. Cara-cara memasak nasi: beras yang direndam 8 jam dibasuh dan dikukus kosong sehingga masak, kemudian diangkat dan digaul rata dengan santan cair, bawang merah yang dimayang dan halba.
5. kukus sekali lagi hingga masak dan diangkat dan digaul bersama santan pekat (diperolehi dengan memerah santan menggunakan air masak)yang sudah dicampur gula dan garam. Nasi sudah siap.
6. Bagi siapa yang kesuntukan masa boleh ikut cara saya memasak kuah, tapi kuahnya tak segelap yang original dan tulang tak sempat menjadi lembut.
SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN
14 orang sayang cikyana:
wahhh..
siap ada resepi.. bgus betol..
nice to eat but hard to make it..
SyahmiFikri:
haah kne la letak resepi
xkn nk ltak gmbr je kot
mmg complicated pun nk bt ns dagang
penah makan ke?
yum3
Firdaus Alim:
memang yum2 pun
hihihi
saye suke
lama x masuk sini..tau2 jer bnyk info masakan dan resepi..nice2..
tak tau kenapa tak minat pada nasi dagang sangat..tapi kalau ada mood, memang makan tak igt dunia..haha
Firdaus Alim:
saya pun suka
makanan tradisional org terengganu
:))
Black_Mel:
Hehe nice ke?
Thank you
Just share pape yg cikyana tau
Sharing is caring right :)
Little Cartoon:
Haha beselah tu
Xsume org suka nasi dagang
Try sekali..
InsyaALLAH akan suka
nasi dagang saya dah makang...kat besut...ari tu nk gi pulau perhentian naik bot kat jetty besut...
Damha:
Oh yeke?
CikYana ni nme je org ganu
Xsampai lg Pulau Perhentian
Pulau Redang da pegi last year
nk gi pulau redang naik bot kat jetty ne ekkk...kat besut leh ke
Damha:
Naik jetty kt besut pun bole..
Dkt sikit..perjalanan pun xlama
CikYana naik feri dr jetty shahbandar..
Sejam lebih gk la pjalanan :))
Post a Comment