Tuesday, June 29, 2010

DIA PILIHANKU....

Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..

22 orang sayang cikyana:

NAZ said...

semoga mendapat pilihan yang abadi :)

Cap Api said...

semoga mendapat jodoh yg baik dan seperti ini..

nosembilanbelas said...

semoga berjumpa yer...

niesz said...

wa..cik yana..tuk sape tu..niesz ek..hihi..

CikYana(",) said...

Naz:

InsyaALLAH..
Harap2 begitulah :)

CikYana(",) said...

Cap Api:

InsyaALLAH
Doakan semoga cikyana bertemu jodoh dgn insan yg telah ditentukan oleh ALLAH :)

CikYana(",) said...

Nosembilanbelas:

Amin..
Masih mencari n menanti jodoh untukku

CikYana(",) said...

Niesz:

Tuk sesape yg berkenaan n berkaitan
Hihi tuk niesz pun leh gk

:D

Budak Nakal said...

semuanya di tangan Tuhan...kita merancang Ia menetukan...insyallah^^,

noorafzan.blogspot.com said...

semoga cepat kawen..
(err..ada kena mengena tak?)

eNaSaN said...

isyaALLAH moga sesame mnDpt jodoh yg baik..



hai yana.. lamer xsinggah sini...

CikYana(",) said...

Kozumi_Ro:

Haah betul2
Kita manusia hanya mampu merancang
ALLAH menentukan segala2nya :)

CikYana(",) said...

Noor Afzan:

Cepat kawen?
Erk de kne mengena ke?
Hihi xtau ler..insyaALLAH

CikYana(",) said...

EnaSaN:

Amin
Mudah2an kita sme2 dpt jodoh yg baik

(",)

oya said...

lovely poems...
semoga berjumpa jodoh pilihan hati kamu ye..

CikYana(",) said...

Mahira Oya:

Thanks :)
InsyaALLAH..mudah2an mendapat restu dari NYA

Soni Gonzales said...

kuning biji mata aku

CikYana(",) said...

Sonigonzales:

Erk?
Apsal ek?

Cik Nass said...

Amin... Semoga mendapat suami yang baik, beriman dan penyayang..~

CikYana(",) said...

cik Nass:

ku juga mendoakan perkara yg sama
insyaALLAH
mudah-mudahan segalanya berjalan dgn lancar..AMIN

damha said...

mmg agak sukar utk kita nk mendapat seorang yg sesempurna yg spt dibicarakan itu.. jika ditakdirkan kita bertemu spt yg diidamkan itu..syukur alhamdulillah..namun takdir mengatasi segala2nya....

CikYana(",) said...

Damha:

Setuju :)
Syukur alhamdulillah dgn setiap perkara yg diberikan