Assalamualaikum kawan-kawan semua , ada yang masih ingat cikyana tak ? Cikyana tahu mesti ada yang dah lupa cikyana kan?Al-maklumlah lame sangat blog ni tak berupdate :(
Blog lama tak berupdate sebab cikyana takde idea nak update ape plus malas jugak , seperti yang korang semua tahu mama cikyana kan tak sihat so cikyana banyak habiskan masa jaga mama yang sakit :(
Tapi apakan daya cikyana xdapat nak jaga mama dengan lebih lama sebab tanggal 26 Ogos 2012 jam 8.18 pagi mama telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu , Al-Fatihah :(
Alhamdulillah cikyana berada disisi mama pada hari tersebut T__T
Mama , insyaALLAH ya akan jaga adik2 dengan baik dan ya takkan abaikan tanggungjawab ya sebagai seorang kakak . Mama jaga diri baik-baik ye kat sana . InsyaALLAH suatu hari nanti kita akan bertemu kembali :((
Semoga roh arwah mama tenang disana dan dicucuri Rahmat , Amin
8 orang sayang cikyana:
al-fatihah..salam takziah.. ;)
takziah kak..
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. (Iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan : Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun." Surah Al-Baqarah : 156-157
Nabiel :
Terima kasih :)
Zulhilmi Tempoyak :
Terima kasih ye :(
al-fatihah...takziah ye cik yana.
semoga Allah SWT sentiasa memberikan kekuatan kpd cikyana sekeluarga utk hadapi cubaan ni.amin...
hurm.salam takziah dear
setiap yg bernyawa pasti akan mati....kita pun akan turut mengiringi mereka yg telah pergi utk selama2nya....doa restu kita pohonkan pada ilahi moga2 roh mereka akan dilimpahi rahmat n dimasukan kedlm golongan org2 yg beriman...amin...alfatihah
Takziah, Cik Yana. Minta maaf sebab baru baca blog Cik Yana. Semoga roh arwah mama Cik Yana tenang di sana. Cik Yana mempunyai semangat yang kuat untuk hadapi semua dugaan ini.
Post a Comment