Friday, May 15, 2009

Happy Teacher's Day.........MaMa


Guru Adalah Segalanya

Guru
engkau adalah pelukis rohani
mencalit warna-warna takwa dalam diri
dengan susunan yang terpilih
kesepaduan corak yang harmoni
menyajikan lukisan peribadi anak-anak
warisan zaman berzaman.

Guru
engkau adalah penyair emosi
menjalin perasaan demi perasaan
melewati sepi dan resah gelisa
dengan puisi-puisi indah
yang menyejukkan jiwa raga anak-anak
dari himpunan dendam dati amarah
rasa benci yang tidak terarah.

Guru
engkau adalah pendendang intelek
pemikir yang tidak jemu-jemu
mendendangkan warisan budaya ilmu
melodi hati yang hampir mati
mencampakkan selimut kejahilan
membongkar rahsia tentang alam
membuka jendela dunia kepada anak-anak
inspirasi generasi demi generasi.

Guru
engkau adalah pelakon yang peka
menggerakkan jasmani dalam ruang diri
mengimbangi intelek, rohani dan emosi
dengan kegigihan cita dan keikhlasan cinta
anak-anak bisa mencipta sebuah sketsa.

Guru
musim demi musim engkau membentuk Penghidupan
anak-anak yang terus-menerus mengharap
engkau adalah segalanya.

..Selamat Hari Guru..
..Kepada Yg Berkenaan..
..Pn.Aklima Bt Hassan..
(my form 5 teacher aka my MaMa)
(ajar subjek BI 4 SPM n STPM)
..Guru2 di SK Serada 1992-1997..
..Guru2 di SMK Padang Midin 1998-2002..
..Pensyarah2 di PTPL Tganu 2003-2006..

..Jasa kalian xkan ku lupakan..
..Terima kasih guru2 sekalian..
..I Love You So Much..

14 orang sayang cikyana:

crescent said...

hepi teachers day to sume guru!

——•§HÅH••—— said...

selamat hari guru..~~
rse mls la plak nk wat entri psl hari guru..huhu..xpe2..shah wakilkn cik yana yep..hihihi..

neway, selamat hari lecture xde ke? haha..

CikYana(",) said...

crescent:
tq dear
:)

CikYana(",) said...

sHaH:
maceh2
wakilkn cikyana?
hmm bole2 ajer :D

entri ni mewakili cikyana n shah oke
hik2

ala lecturer 2 pun kira guru gk la
:P

oranglidi said...

kim salam kat mak lu..

CikYana(",) said...

oranglidi:
huhuhu
insyaALLAH
akan ku sampaikan salam mu
(",)

milimilo said...

mama sis cikgu ye..slamat hari guru utk semua guru yang dah byk berjasa n bakal2 guru.. ;)

Datin Paduka Bokbong said...

SELAMAT HARI GURU utk mama yana ye!
mmuah!

joegrimjow said...

ku pon nak pos jugak la

Eazy Izzuddin said...

happy teachers day...
kim salam kat mama akak ya...
xD

CikYana(",) said...

milimilo:
haah mama sis cikgu
hik2..bekas form teacher sis :)

tengs mili
(",)

CikYana(",) said...

datin paduka bokbong:
mekasih akak
muahmuahmuah

CikYana(",) said...

joegrimjow:
ahaks
nk post gk ek?
cpt2 post..nk baca nie
:D

CikYana(",) said...

eazy izzuddin:
mekasih eazy
nnt akak smpaikn slm kt mama akak
(",)