Thursday, September 13, 2012

Aku rindu :(

Assalamualaikum mama , mama apa khabar kat sana?Ya doakan semoga mama berada dalam keadaan baik hendaknya , erm mama dah jumpa abah ke?Ya rindu sangat-sangat kat abah dan mama :(

Bila kat rumah ya selalu terbayang mama ada duduk atas sofa tengok tv , tidur , Ya Allah ya rindukan mama sangat - sangat , kadang-kadang ya rasa macam mama pergi outstation kemana2 , sampai macam tu sekali ya rindukan mama :(

Hari demi hari berlalu barulah ya dapat terima kenyataan bahawa mama telah pergi selama-lamanya dan ya tahu mama takkan pernah kembali lagi , walaupun ya dah xboleh nampak mama tapi ya tahu mama sentiasa ada bersama ya kan....

Mama , ya rindukan saat ya mandikan mama , pakaikan baju untuk mama , bagi mama makan ubat , tidur sebelah mama , peluk cium mama sebelum tidur , ye ya rindukan saat tu :((
Ya rasa sunyi sangat-sangat lepas mama meninggal , ya takde teman nak berkongsi cerita , takde tempat nak mengadu disaat ya dalam kesedihan , ya perlukan mama disisi ya


Ya ALLAH , i wish mama is still here with me :(

Puan Hajjah Aklima Binti Hassan
( 28/07/1956 - 26/08/2012 )

AL - FATIHAH

3 orang sayang cikyana:

Fazleyatul Aini said...

salam yana
tak tau mak awak dah kembali padaNYA
takziah saya ucapkan. semoga awak tabah menghadapi takdir ini. segalanya telah ditentukan olehNYA. semoga arwah mama awak tenang di sana. jangan putus sedekahkan yaasin, alfatihah dan doa kerana itulah penghubung antara anak yang solehah dengan ibu bapanya yang telah pergi

damha said...

hanya iringan doa dpt kita kirimkan pada yg telah pergi moga2 arwah tenang di sana n dicucuri rahmat hendaknya....alfatihah...amin.

syamimihaziqah said...

Innalillah. Al-fatihah utk arwah Mama cik Yana.
Be strong dear!